Konsultan Anda

Biodata


Ahmad Shafiai Uda Jaafar yang lebih dikenali sebagai Pak Utih dilahirkan pada tahun 1954 di Kuala Kangsar, Perak dan memiliki Diploma Pertanian dalam tahun 1977 dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian dalam tahun 1987 daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Master Science Development Training and Education daripada University Wolverhampton pada tahun 1995. Beliau pernah juga mengikuti kursus sijil Overseas Technical Teachers Award di Polytechnic Wolverhampton dalam tahun 1979.

Pada tahun 1990, beliau pernah bertugas sebagai pensyarah pertanian, mengajar Komunikasi Luar Bandar (Pengembangan Pertanian) untuk Diploma Pengurusan Ladang di Institut Teknologi Mara (ITM) Cawangan Perlis. Pada tahun 1997, beliau berhenti dari ITM untuk menjadi Pengurus Institut Teknologi Tun Abdul Razak Cawangan Alor Setar selama tiga tahun. Kemudian pada awal 2001 beliau menceburi bidang latihan perundingan sebagai Pengurus Besar (Education and Training) Focus Learning Consulting Sdn Bhd. Pada tahun 2004 hingga 2007, beliau memimpin Madrasah Al Irsyad Al Islamiah Singapura sebagai CEO dan sekarang perunding bagi Success Together Consulting, mengendalikan bengkel ‘Mahligai Kasih’ khas untuk pasangan suami isteri dan kursus-kursus penyeliaan dan pengurusan untuk kakitangan kerajaan dan swasta.

Penglibatan beliau dalam masyarakat ialah beliau pernah memimpin Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Perlis sebagai Yang Dipertua dalam tahun 1993-1994. Pernah dilantik sebagai Pembantu Perunding TQM untuk Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 1996. Juga dilantik sebagai Associate Consultant (External) bidang perkhidmatan kualiti untuk Institut Pengurusan Qualiti, Universiti Utara Malaysia (UUM) 1996.

Beliau terlibat secara langsung dengan Jabatan Agama Islam Perlis sebagai Pemudahcara Modul Bersepadu Kursus Pra-Perkahwinan Kekeluargaan Islam bagi Negeri Perlis dalam tahun 1993-1996 dan mendapat sijil pengiktirafan daripada JAKIM.

Beliau pernah ke udara membicarakan isu-isu kekeluargaan pada tahun 1993, setiap pagi Isnin dan selasa melalui ruangan Rangsang Minda Radio 3 Pulau Pinang, pada tahun 1995 di Johor Bahru setiap pagi isnin melalui Radio JB dan tahun 2004-2005 di Singapura melalui Segmen Cakap Tuan Puan Radio Warna Media Corp Singapura.