Sukar...memang sukar..Antara kita dan pasangan memang banyak perbezaannya. Dah namanya sorang lelaki, seorang lagi perempuan, pastilah banyak perbezaan yang ketara. Masalah timbul bila perbezaan ini tidak diraikan, malah dijadikan asbab pula untuk bertengkar antara suami dan isteri...
Si isteri mahu dirinya disayangi sebagaimana dia menyayangi suaminya. Sentiasa ingat tarikh-tarikh penting suami. Sentiasa belikan macam-macam hadiah. Sentiasa ucapkan sayang dan kasih. Sedangkan si suami, rasa kasih sayang tak perlu disuarakan. Simpan dalam hati, paham-paham sendirilah!
Si isteri boleh jadi insan 'multi-tasking'. Sambil masak, boleh basuh kain, boleh pulak basuh pinggan. On the way nak sidai kain, sempat pulak sapu halaman, takpun susun kasut depan pintu. Sedangkan suami, kalau satu pekerjaan dibuat, itu sajalah yang dibuat. Kalau diminta jagakan anak, jaga anak jelah yang dibuat. Takdelah pula ringan tangannya nak menyusun majalah atau surat khabar yang bersepah-sepah di ruang tamu. Ataupun vacuum karpet sambil-sambil tengok bola. Si isteri boleh sakit makan hati kalau dia kurang memahami struktur pemikiran dan tindakan suaminya. Dia boleh melenting kepenatan andai dia tak tahu sebab kenapa suaminya tak 'multi-tasking' macam dia?
Jadi, bagaimana nak tahu apa perbezaan yang wujud pada diri suami atau isteri anda? Bagaimana nak raikan perbezaan itu supaya dua-dua pihak berada dalam win-win situation? Hadirlah ke bengkel Mahligai Kasih kami...dijamin, anda akan berpuashati sehingga ke akhir hayat anda...kami positif, anda mampu membina rumahtangga paling bahagia dalam lingkungan dunia anda. Jangan berlengah lagi. Daftar sekarang!
BERUSAHA MENYEMARAKKAN KASIH SAYANG ANTARA PASANGAN...POSITIF DAPAT CAPAI KEBAHAGIAAN...HAPUSKAN RUTIN HARIAN YANG MEMBOSANKAN...JOM SERTAI MAHLIGAI KASIH SEKARANG!
Saturday, June 26, 2010
Thursday, June 17, 2010
Bila Tetamu Tidak Diundang Datang Bertandang
Biasanya waktu petang pada bulan Syawal, “hang-over hari raya” masih terasa, terutama sekali waktu hujung-hujung minggu, isteri kita akan lebih kreatif menyediakan kuih-muih pemanis mulut untuk menyerikan lagi suasana “family-gathering” meminum petang bersama dengan anak-anak kita. Tengah kita bersantai sambil bersembang dengan isteri dan anak-anak yang berlonggok di hadapan televisyen, tiba-tiba terdengar laungan “Assalamualaikum!” sambil pintu diketuk dan disambung dengan ungkapan, “kami nak berayaaa!”
Dengar sahaja ungkapan salam tersebut, kita pun bingkas bangun dan terus masuk ke dalam bilik mencapai baju kerana tadinya hanya berkain pelikat sahaja. Kemudian kita meluru ke depan dan terus menyambut salam dengan muka yang manis dan terus mempelawa sahabat dan angkatan keluarganya masuk ke dalam rumah.
Disebabkan kedatangannya ini tidak diberitahu dari awal, maka sudah pastilah keadaan bilik itu agak kelam-kabut sedikit. Sempat jugalah isteri dan anak-anak kita yang sudah matang itu berhempas-pulas menyorok, mengemas, melonggok dan membaling apa-apa yang patut demi menyenangkan mata tetamu yang datang bertandang itu.
Gelak ketawa rianglah kita dengan tetamu itu bersembang dari satu tajuk ke tajuk yang lain. Jelas berputik sudah ukhuwah antara kita dengannya kerana sudah lama tidak bertemu. Kita sama-sama bersyukur atas kunjungannya dan kita pula berjanji akan menziarahinya apabila kita dan keluarga mempunyai waktu lapang nanti.
Sedang rancak bercerita, anak sulung kita memberikan isyaratnya dari pintu dapur yang kita sendiri telah maklum akan maksudnya. Kita pun meminta izin daripada tetamu dan terus ke dapur untuk mengambil minuman dan kuih yang siap disusun rapi di atas talam untuk dibawa ke depan.
Disebabkan rancaknya perbualan, habis licin kuih yang dihidang. Malah, kita yang pemurah ini bergegas ke dapur pula untuk menambah kuih yang telah hampir-hampir licin. Apa lagi apabila mendapat pujian daripada sahabat kita yang kita ini bertuah kerana mendapat isteri yang pandai membuat kuih yang sedap itu.
Waktu hampir-hampir hendak maghrib, barulah nada perbualan kita bertukar ke sesi kesimpulan dan masing-masing berjanji untuk bertemu lagi pada waktu-waktu yang sama pada masa hadapan.
Kita pun terasa puas apabila sahabat kita tadi telah pulang dan terasa benar pahala telah kita peroleh kerana melayan tetamu dengan sebaik mungkin. Kita pun dengan hati yang seronok menceritakan kepada isteri tentang isi perbualan, perangai baik-baik sahabat kita ini tadi dan pelawaan untuk menziarahinya.
Namun, kali ini isteri kita macam layan tak layan saja. Seolah-olah dia tidak restui pula kedatangan sahabat kita tadi. Mulalah hati kita ini naik risau hendak mempelawa rakan-rakan lain datang ke rumah kita. Malah, ada dalam kalangan kita yang takut hendak mempelawa tetamunya masuk ke rumah. Dia hanya melayan rakan-rakan tadi di pintu rumah saja. Jika ada mana-mana bangku atau tunggul batu di tepi pagar itu, dia akan mempelawa tetamunya itu duduk di situ sahaja. Sampailah tetamu itu balik.
Nampaknya dia serik hendak mengajak tetamunya ke dalam rumah kerana isterinya sudah semacam tidak gembira bila rakan-rakannya datang bertandang.
Mengapa boleh terjadi demikian?
Dari sudut melayan tetamu tadi, memang boleh diakui kita telah mendapat pahala yang banyak. Namun, kita terlupa yang pahala itu juga telah sepatutnya diperolehi oleh isteri kita di dapur itu. Tetapi kalau isteri telah bermasam muka sebaik saja tetamu kita itu beredar, maka sudah pasti pahala untuknya terlepas begitu sahaja.
Bagaimana pula isteri kita itu boleh bermasam muka?
1. Dia terasa amat malu jika tetamu masuk ke rumahnya yang dalam keadaan bersepah, lintang-pukang dan tidak tersusun, terutamanya bahagian ruang tamu. Dia akan terasa kredibilitinya sebagai seorang isteri yang baik akan hilang. Dia mula akan menyalahkan tetamu itu dan mungkin juga kita kerana tidak memberitahunya lebih awal. “Telefon dan e-mail kan ada, mengapa tak beritahu!” fikirnya.
2. Tetapi bagi kita sang suami ini, tidak kisahkan sangat keadaan bersepah itu. Kita punya anggapan bahawa keadaan ini menunjukkan betapa sibuknya kita dan aktifnya anak-anak kita bermain di dalam rumah kita itu. Lebih banyak sepahnya, lebih aktiflah anak kita. Bertambah megahlah kita hendak bercerita tentang kenakalan anak-anak kita itu. Ada harapan jadi “Power Rangers” atau yang lebih Islamik, menjadi seperti “Khalid ibnul Walid - pejuang Islam yang terbilang”.
3. Bila tetamu kita pulang, kita pula menceritakan kehebatan sahabat kita tadi. Terlupa kita akan kehebatan isteri kita yang berkorban tidak menyentuh kuih tadi, semata-mata melayani tetamu kita yang juga menjadi tetamunya. Dilarangnya pula anak-anak kita memakan kuih tadi semasa di dapur, sebab takut-takut kita akan meminta lagi, sedangkan kuih itu dibuat sedikit hanya untuk keluarganya sahaja. Dan memang benarlah sangkaannya, apabila kita meluru kali kedua ke dapur bertanyakan kuih itu lagi.
Oleh itu para suami sekalian:
1. Apabila tetamu datang secara mengejut, kita hendaklah menyambutnya di luar pintu terlebih dahulu dan menantikan isyarat daripada isteri membenarkan kita masuk apabila dia telah selesai menjalankan tugas “Mission Impossible”nya itu.
2. Jangan pula kita melayan tetamu kita itu di luar rumah sahaja. Ini juga akan mengecilkan hati isteri kita. Dia juga inginkan pahala atas kunjungan tetamu kita itu. Melainkan kita tahu isteri kita itu tidak bersedia atau sakit.
3. Pandai-pandailah kita mengawal suasana jika kita sendiri tahu yang kuih yang dihidang itu tinggal sedikit sahaja, atau ke dapurlah kita bertanyakan dahulu kepada isteri kita. Pendekatan ini lebih selamat. Ia tidak akan memalukan tetamu kita dan juga isteri kita.
4. Sebaik sahaja tetamu itu beredar, kita hendaklah bergegas ke dapur dan mengangkat cawan dan piring kosong itu ke singki. Kalau rajin sedikit, teruslah membasuh semua piring dan cawan yang digunakan tadi. Paling kurang ialah kita ucapkan kepada isteri kita, “Terima kasih sayang, kerana menolong abang menyediakan minuman dan kuih untuk tetamu abang tadi.” Lebih syahdu lagi hendaklah ditambah, "Semoga usaha kita tadi mendapat pahala daripada Allah.”
Jika beginilah amalan kita, pasti isteri kita akan berkata, “Nanti kalau dia datang lagi, kita buat laksa Kuala Perlis nooo!”
Artikel ini merupakan sebahagian daripada bab terdapat dalam buku Suami Memimpin, Isteri Mengurus, hasil buah tangan Pak Utih. Dapatkan buku ini dalam bengkel Mahligai Kasih anjuran kami!

Bila Isteri Tak Pandai Memasak
Bagi suami yang mendapat isteri yang pandai memasak, rajin memasak, suka tengok orang makan masakannya dan cekap memasak untuk orang ramai, dia adalah suami yang beruntung.
Tetapi awas, jika kita seorang pendakwah, maka ini adalah ujian dan peluang yang jangan diabaikan daripada Allah untuk kita bersama-sama dengan isteri yang mempunyai kemahiran ini, melakukan dakwah melalui jemputan makan-makan di rumah kita.
Kaedah pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam berdakwah terhadap keluarga terdekatnya ialah menjemput mereka makan kenduri di rumah baginda. Pastinya isteri baginda Saidatina Khadijah r.a. telah menyediakan yang sedap untuk mereka.
Oleh itu, bantulah isteri ini dari segi persediaan memasak, menghidang dan membasuh pinggan mangkuk selepas program tersebut. Selalunya apabila isteri kita telah menyediakan masakan, kita pun ‘take for granted’ yang dia juga pakar membasuh pinggan mangkuk dan kuali periuk. Kita tinggalkannya bersendirian bertungkus-lumus mengasah dan membasuh bakatnya di situ pula. Kasihan dia. Sudahlah dia letih memasak, basuh pinggan pun dia kena buat juga.
Alangkah baiknya jika kita puji masakannya tadi dan bersama-sama menyingsing lengan baju menggilap pinggan mangkuk dengan sentuhan ajaib ‘Axion’.
Bagi suami yang ditakdirkan berjodoh dengan isteri yang tidak pandai memasak, apalagi tak tahu memasak jamuan untuk orang ramai, maka kita juga ada ujian dan peluang daripada Allah untuk mendapat pahala-Nya.
Secara tabiinya, isteri yang bersifat lemah-lembut itu, memang suka melayan suaminya dalam segala hal keperluan dan kehendak. Begitu juga dalam hal memasak untuk suaminya.
Memasak adalah satu kemahiran. Untuk mendapat kemahiran ini, seseorang itu memerlukan latihan psikomotor. Kebanyakan isteri yang tidak pandai memasak ini adalah kerana mereka semasa remaja dulu tidak berpeluang mendapat kemahiran ini. Jika semasa mereka berada dalam tingkatan satu atau empat telah mula tinggal di asrama yang biasanya memakan nasi kawah, pastinya tiada peluang untuk mereka mempelajarinya. Begitu juga yang tinggal di rumah bersama emak. Kadang-kadang emak menyuruh anak perempuan ini menumpukan perhatiannya kepada pelajaran.
Ada juga yang mempunyai pembantu rumah yang menyebabkan anak-anak ini bertambah malas hendak ke dapur. Apabila sudah bekerja, masa untuk belajar memasak telah digunakan untuk menguruskan hal-hal kerjaya di pejabat. Begitulah kesudahannya. Tak pandai memasak.
Walau bagaimanapun, isteri-isteri ini pandai pula memasak masakan moden (western dan continental) yang mereka pelajari dari sekolah dan rakan-rakan semasa menuntut di dalam atau luar negara. Ini adalah suatu kekuatan yang mereka miliki.
Oleh itu, bagi suami yang mempunyai isteri seperti di atas, dia hendaklah berterus-terang secara berhikmah. Jangan terlampau ‘direct’ mengatakan masakannya itu tak sedap. Tetapi carilah waktu yang sesuai seperti bawa dia ke restoran yang sedap masakannya. Dan katakan kepadanya, “Yang! ingat lagi tak masakan tomyam semasa Yang masak untuk jamuan di surau minggu lepas, ada beza tak dengan yang ini? Abang rasa dia bubuh sos sekian-sekian dan ditambah daun limau purut sekian-sekian kot.. mari kita tanya tukang masak tu..”
Jika kita berbohong dengan mengatakan masakannya sedap, sampai bila-bila pun dia tidak akan memperbaiki mutu masakannya. Oleh itu, kaedah di atas adalah salah satu cara yang boleh diamalkan. Dan banyak lagi kaedah lain yang berhikmah.
Kedua, jika isteri kita ini amat berminat untuk memasak jamuan untuk orang-orang di surau sedangkan dia tak pandai, maka kita cadangkan kepadanya memasak masakan moden atau asing bagi kariah di surau itu. Contohnya, jika laksa adalah makanan tradisional utama di situ, maka jangan sekali-kali membenarkan isteri kita memasak laksa. Carilah masakan moden seperti nasi ayam atau mee sup. Atau gunakan perencah-perencah ‘instant’ yang boleh didapati di kedai seperti rendang untuk dimakan dengan nasi impit ‘segera’.
Satu lagi peringatan untuk kita ialah jika isteri kita orang Kelantan yang pakar memasak laksa Kelantan, sudah tentu ia tidak sedap kepada lidah suami yang berasal dari Johor. Begitu juga suami yang sudah biasa dengan laksa Kuala Perlis, pasti tidak selera dengan laksa isteri dari Pulau Pinang.
Dengan demikian, berusahalah sesama kita suami isteri mengorientasikan lidah masing-masing mengikut kesedapan masing-masing. Carilah masa pada hujung-hujung minggu bersama isteri belajar memasak sama ada tradisional mahu pun moden. Jadikan ia sebagai salah satu aktiviti rekreasi keuarga. Dan sama-samalah menilai masakan itu.
Selain itu, jangan lupa ajak anak-anak perempuan kita bersama-sama menerokai bidang masakan ini. Supaya dia tidak menyalahkan ibunya kelak kerana tidak mengajarnya.
Akhir kata, paradigma isteri pandai memasak ini akan pupus juga akhirnya dengan kedatangan budaya makanan segera, jamuan di restoran, industri katerer masakan dan sindrom ketuhar mikro yang mendatang.
Artikel ini merupakan salah satu bab yang dipetik dari buku Pak Utih bertajuk 'Suami Memimpin, Isteri Mengurus'. Dapatkan dalam bengkel Mahligai Kasih anjuran kami!

Suami Memimpin Isteri Mengurus
Buku penulisan Pak Utih ini terlah dilancarkan ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada bulan April 2010 yang lalu. Dapatkan dalam bengkel Mahligai Kasih kami!
Bila Bersendirian Bersama Pasangan
Kita kembali dari pejabat dengan segala penat-lelah setelah lebih kurang lapan jam berada di pejabat. Kadang-kadang ditambah pula lelah di jalan raya yang tidak henti-henti sesaknya. Sampai di rumah, isteri kita pula menyambut kita dengan wajah yang keletihan setelah seharian menguruskan anak-anak kita yang “buas” (jika ada anaklah). Jika isteri kita bekerja pejabat, sama-sama pulang dari tempat kerja, maka sama-samalah kita berpenat-lelah. Lebih parah lagi jika kita bergayut di dalam bas mini 10 dan isteri kita bergayut di dalam bas mini 11.
Sampai di rumah, sama-sama tak sempat hendak bertegur-sapa, terus berdengkur di atas katil. Dia pandang ke barat, kita pandang ke timur. Bagi yang aktif pula dengan masyarakat atau persatuan, maka waktu-waktu yang ‘second hand’ itulah digunakan untuk kerja-kerja kebajikan dan dakwah. Mana pula ada masa hendak bergurau-senda dengan isteri dan anak-anak di rumah. Itulah kehidupan sebahagian daripada kita.
Pada hujung minggu pula, program persatuan telah menanti untuk kita menggerakkannya. Jika kita dan isteri kita sama-sama aktif, maka semua anak-pinak kita angkut bersama-sama dalam program itu. Maka jadilah seperti berprogram di dalam bilik darjah sebuah tadika atau taman asuhan. Anak-anak memang enjoy dengan suasana tersebut. Sebab jika kelakar yang mereka buat itu paling “daring”, maka mereka akan mendapat perhatian daripada rakan-rakan ibu bapa mereka. Selesai berprogram, kita kembali ke rumah untuk bersedia menjalani kehidupan harian yang serupa dari minggu ke minggu.
Apa silapnya kita? Tiada silap, malah kita sepatutnya bersyukur kerana dapat memenuhi masa kita dan keluarga kita dengan kerja-kerja yang berfaedah. Namun, alangkah indahnya jika sekali-sekala kita “break the monotonous” itu hanya bersama-sama dengan isteri kita sahaja. Berdua berpegangan tangan ke restoran-restoran mewah atau “window shopping” di kompleks membeli-belah.
Kita pakat-pakatlah dengan jiran kita untuk menjaga anak-anak kita. Lupakan kerja-kerja pejabat, persatuan dan kebajikan pada detik-detik ini. Ucaplah kata-kata indah, genyit-genyitkan mata, kenangkan kembali saat-saat indah semasa berbulan madu dahulu.
Tapi ingat, jangan buat selalu, cukuplah tiga kali dalam setahun. Itu pun berdasarkan kesibukan atau status kewangan kitalah. Kita rancang bersama isteri kita tarikh-tarikh ini. Lebih indah lagi jika tarikh-tarikh ini bertepatan dengan tarikh-tarikh istimewa masing-masing.
Kesannya, ia akan menghuraikan kekusutan fikiran, terutama sekali isteri kita. Isteri kita yang full-time atau part time di rumah memang menantikan waktu-waktu tersebut. Maka setahun yang berlalu, bagaikan sehari yang lepas jika mereka dapat menikmati waktu-waktu ini.
Namun, ada juga suami yang tidak mahu tetapkan tarikh-tarikh ini. Mereka suka membuat “surprise” pada isteri. Tapi awas! Takut-takut terlupa nak surprise, jadi isteri pula yang tak surprise jika kita tidak membawanya ke tempat-tempat itu.
Isteri kita adalah pakaian untuk kita dan kita juga adalah pakaian untuk mereka. Kita ada hak terhadapnya dan dia juga ada hak terhadap kita. Maka tunaikanlah hak-hak mereka dengan baik mengikut kemampuan kita. Bersyuralah dengan mereka, walaupun isteri kita itu hanya pandai menguruskan rumah kita sahaja.

Wednesday, June 16, 2010
Mahligai Kasih: Program Terdekat
Tarikh: 8 Ogos 2010
Tempat: Hotel Putra, Jalan Tun Razak
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Yuran: RM 120 (individu), RM 200 (berpasangan) termasuk minum pagi, makan tengah hari dan minum petang
Anda boleh mendaftar menerusi email, telefon (sms) mahupun melalui laman blog ini. Isikan butir-butir anda dalam borang yang disediakan di ruangan tepi blog ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)