I got this recipe from Kak Nik Eliani (founder of Bacalah Anakku & Read Easy). Very simple but delicious...you can use the white sauce for macaroni or spaghetti..
WHITE SAUCE
Ingredients:
2 tablespoon of butter
2 tablespoon of flour
1 cup of milk
some salt n pepper
Directions:
In a small saucepan over medium heat, melt butter. Add flour and stir until the butter and flour are well combined. Pour in milk, stirring constantly as it thickens. Add more milk depending on desired consistency. Flavour your sauce with salt and pepper. Sprinkle some chopped oregano on top of your sauce. Ready to be served!(for cheese sauce, add some grated mozzarella cheese)
BAKED RICE WITH CHEESE
Ingredients:
1. Fried rice with mushroom and chicken (or shrimp)
2. White sauce
3. Grated cheese
Directions:
Put the fried rice in a baking dish. Layer the top of the rice with white sauce. Sprinkle grated cheese on top of the white sauce. Bake at 150 degree celcius for 1 hour. Your baked rice with cheese is ready to be served!
BERUSAHA MENYEMARAKKAN KASIH SAYANG ANTARA PASANGAN...POSITIF DAPAT CAPAI KEBAHAGIAAN...HAPUSKAN RUTIN HARIAN YANG MEMBOSANKAN...JOM SERTAI MAHLIGAI KASIH SEKARANG!
Tuesday, July 27, 2010
White Sauce Recipe & Baked Rice With Cheese
Monday, July 26, 2010
Apabila Suami Ketagih Chatting di Internet
Oleh Pak Utih
Keluhan seorang isteri kepada rakan-rakannya dalam sebuah forum maya, “Saya dah tak tahu nak luahkan kepada siapa. Sudah terbuku dalam hati saya ini, saya terlalu tertekan sekarang, tambahan pula saya sedang hamil hampir tujuh bulan. Nak bercerita dengan rakan-rakan, saya malu. Mata saya dah puas menangis. Hari ini pergi keja dengan mata naik sembab. Nak buat keja sudah tak larat. TENSION! Masalah saya ini mulanya pada cuti 1 Mei yang lepas. kami tak dapat balik ke kampung, sebab belanja bulan ni ‘tak lepas’. Jadi, kononnya hendak kurangkan kebosanannya, suami saya pun pinjam laptop dan broadband kawan dia. Disebabkan dia baru nak berjinak dengan komputer, dia minta saya buatkan emel dia dan saya pun buatlah untuknya. Lepas itu dia ternampak Yahoo Messenger (YM) pada desktop, dia pun ingin mencuba dan saya pun ajarlah dia menggunakannya. Malam itu juga dia berchatting. Memang saya kira saya ni bodohlah mengajar dia bab ini. Saya tak tahu dia tidur pukul berapa pada malam itu. Esoknya dia online, malamnya dia online. Saya onlinelah juga, tapi tidaklah sampai setengah jam. Pengenalan diri saya ialah wanita yang sudah berkahwin. Tetapi yang menaikkan darah marah saya ialah dia mengaku masih bujang. Semasa saya belek-belek “history” chattersnya, saya terbaca jawapan bila ditanya statusnya, dia menipu sebagai belum berkahwin. Malam kedua pun dia online sampai ke pagi, saya tak tahu dia tidur jam berapa sebab dia tidur di luar ruang tamu lagi. Hari ketiga saya memang bermasam muka dengan dia, kurang bercakap dengan dia. Bila emosi sudah tak terkawal saya meninggikan suara, “Buat apa chat sampai ke pagi?” Saya ni tunggul ke? Betapa kecewanya saya, dia tetap juga online. Bermula malam itu, kami selalu bertengkar. Kesimpulan yang dia buat ialah saya tak percayakan dia. Memang saya tak percayakan dia. Apa yang dia buat chatting sampai ke pagi. Saya tahu sangatlah orang kat YM tu, semuanya tak boleh dipercayai. Saya dah berterus terang yang saya tak suka dia ber-YM. Dia masih berdegil juga. Saya sudah tak tahan begini. Berilah nasihat untuk saya.”
Dijawab oleh teman mayanya, “Pertama sekali saya minta awak beristighfar banyak-banyak, tenangkan hati dan jangan salahkan diri sendiri sebab ajar suami YM tu. Kalau awak tidak ajar pun, dia tetap akan belajar juga dengan orang lain. Nampaknya suami awak tu dah terkena 'renjatan budaya'. Ibarat budak yang baru pandai naik basikal, dia akan terus kayuh puas-puas sampailah dia jemu dan tak hairan dah dengan basikal tu. Bezanya, basikal ni hanya melibatkan dirinya seorang, manakala YM ni melibatkan ramai orang. Saya mengharapkan awak dapat duduk semeja dan berbincang elok-elok dengan suami tu. Ingatkan dia tentang tanggungjawab dan baby yang bakal dilahirkan nanti. Jangan sesekali mencabarnya sebab lelaki pantang dicabar. Saya harapkan awak bertawakal dan banyakkan berdoa, solat sunat dan mengaji. Ia menyejukkan rumahtangga dan hati yg 'panas' itu.”
Disambut oleh teman yang lain, “Betul macam fayla cakap, orang yg baru nak kenal YM ni, akan menjadi macam cempera. Kalau nasihat pun dia akan buat juga. Sebab benda ini baru baginya. Memang dia nak explore lebih-lebih. Cuma apa yg dirisaukan, bila berchatting nak sorokkan status kahwin, akan jadi sesuatu yg tak elok satu hari nanti. Maaf bukan nak menakutkan. Banyak kes macam ni yg akhirnya rumahtangga berterabur. Akhir-akhirnya lafaz talak. Pergi cari kenalan YM tu, rupanya kenalan YM tu penipu juga sebenarnya. Nak berbalik kat bekas isteri, hati dah hancur. Tak mahu terima dia lagi. Siapa yg rugi? Harap-harap masih awal lagi. Mama bagi nasihat, dunia YM ni dunia PENIPU BESAR!!! Cukup PENIPU BESAR!, selama 11 tahun saya kenali YM, memang dah kenal dan tahu cara orang yg nak chat. Sama ada penipu atau pun tidak, cukup-cukup masak dgn YM ni. Hati-hatilah. Sebelum terjadi apa-apa. Cepat-cepatlah elakkan. Kalau YM dgn kawan-kawan opis yg memang kita dah kenal tu lain kira. Ini mula chatting dgn orang yg memang kita tak kenal. Macam-macam nanti akan keluar. Tambahan pula kalau sudah boleh tengok webcam..LINGKUP!! Nanti macam-macam aksi yg akan tertunjuk, nauzubilah. Banyak-banyakkan sembahyang sunat dan berdoa pada Allah. Semoga ditarik balik kelalaian yg singgah di hati suami sekarang ni.”
Itulah keluahan dan kerisauan daripada pengalaman yang dihadapi oleh isteri-isteri apabila suaminya terjebak dengan ketagihan berchatting ini. Telah menjadi satu wabak penyakit pula dewasa ini terutama sekali kepada generasi sekarang yang kehidupannya didedahkan dengan kemudahan teknologi komunikasi yang serba canggih.
Kemudahan berchatting ini adalah satu teknologi komunikasi baru yang amat mudah, murah dan jangkauannya tanpa sempadan. Batasan yang sebenar ialah ketukan jari-jemari kita di atas papan kekunci itu. Dari sudut pengurusan maklumat, teknologi ini memang banyak kebaikannya. Malah ada organisasi-organisasi perniagaan dan awam menggunakannya secara rasmi sebagai wadah komunikasi mereka. Arahan dan maklumat dua hala antara pihak pengurusan dengan warga kerjanya amat berkesan, tepat dan pantas. Pastinya organisasi ini ada menetapkan peraturan dan adab-adab penggunaannya supaya urusan mereka bersistem, lebih cekap dan menjimatkan kos pengurusan mereka.
Apabila teknologi ini dibawa ke dalam rumah, perlulah kita fikirkan juga peraturan-peraturan penggunaannya sebagaimana di pejabat. Kita boleh menerima pakai adab agama kita menerima tetamu yang bertandang dan bersembang di rumah kita atau budaya kita bertandang ke rumah orang lain. Pastinya tidak manis dan tidak wajar kita bersembang dengan anak dara atau janda atau isteri orang tanpa ditemani oleh muhrimnya di rumah itu. Biasanya kita ditemani muhrimnya. Begitu juga waktu-waktu kita bersembang. Pastinya ada waktu-waktu tertentu supaya aurat atau waktu-waktu berehat tidak terganggu, seperti tidak bertandang selepas waktu isyak melainkan dijemput oleh tuan rumah.
Oleh itu, bagi mereka yang telah menggunakan kemudahan chatting di rumah, eloklah berbincang sesama suami isteri agar membuat satu peraturan di rumah seperti mana kita menerima tetamu atau kita berkunjung ke rumah kawan-kawan untuk bersembang. Sebagai contoh, pastikan waktu berchatting ialah antara jam 9 hingga 11 malam sahaja. Pastikan mereka yang diajak chat itu orang yang dikenali secara peribadi dan kita sama-sama mengetahuinya. Tidak salah kalau bersama-sama chat dengan orang itu agar tidak timbul fitnah antara suami isteri. Kalau ada orang baru ingin berkenalan, sama ada sama jantina atau tidak, eloklah minta kebenaran pasangan untuk menerima salam perkenalan itu.
Untuk makluman pembaca, saya mengambil catatan ini daripada penulis di alam siber yang menyatakan sebab mengapa lelaki boleh ketagih berchatting hingga lupa anak dan isteri di dalam rumahnya sendiri.
1. Mudah dapat "bersembang" dengan wanita (mungkin asli atau tipuan) hingga menyebabkan mindanya bertambah aktif semula dan bermotivasi untuk dirinya.
2. Kalau "wanita" yang dia chat itu melayan dan dia pula dapat "menguasai" perbualan mereka, maka dirinya terasa puas, seakan-akan tersangat macho. Tinggilah hormon testosteronnya.
3. Kalau "wanita" yang dia chat itu "tewas" dalam "pangkuannya" secara online, dan dia pula pandai menggunakan teks ungkapan memberahikan "wanita" yang dia ayat itu, ini lebih memachokan dia dan menyebabkan dirinya terasa kembali "muda".
4. Kalau niat suami ini ber-YM untuk mencari "wanita" sunyi (memang ada) dan menjadikan "wanita" ini bahan melepaskan gian seksnya dan dia berhasil, memang dia akan menjadi ketagih dan amat berbahaya untuk dirinya dan rumahtangganya.
Bagaimana cara untuk membantu suami ini kembali berpijak di bumi yang nyata?
1. Suami tadi disibukkan atau menyibukkan dirinya dengan aktiviti luar dengan masyarakat agar mindanya dapat dipenuhi dengan memikirkan aktiviti luar itu. Otak lelaki monotrek, oleh itu jika dia fikir satu perkara, maka itulah yang dia fikirkan. Kalau dia fikir nak YM, maka YM-lah yangg dia fikirkan. Kalau dia memancing di laut.. maka memancing sajalah yang dia fikirkan sampai berjam-jam. Tiada apa-apa yang lain yang dia fikirkan.
2. Selain daripada aktiviti masyarakat, fikirkan juga aktiviti di rumah bersama anak dan isteri pada waktu malam yang boleh mengalahkan tarikan chatting YM itu.
3. Tidak salah kalau isteri juga duduk bersamanya berchatting dengan chatters, pujuk dia untuk chat bersama dan letakkan ID chatters dengan nama "Suamisteri" atau "kamiberduani" atau "pasanganbahagia" atau "mamadanpapa" dan sebagainya.
4. Buatkan jadual berchatting untuk keluarga seperti contoh: Chatting keluarga jam 10 pm - 11 pm untuk malam Isnin hingga Khamis sahaja. Malam Jumaat, malam Sabtu dan malam Ahad khas untuk keluarga (isteri dan anak-anak). NO CHATTING.
Selamat mencuba.
Sumber: http://www.malaysiaharmoni.com/index.php/kolumnis/pak-utih/17-apabila-suami-ketagih-chatting-di-internet
Jom sertai bengkel "MAHLIGAI KASIH" bersama Pak Utih pada 8 Ogos 2010. Maklumat lanjut dan daftar di bahagian kanan blog ini. Tarikh tutup pendaftaran pada 31 Julai 2010.

Wednesday, July 21, 2010
"Cemburu" oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah
Jom ke bengkel "MAHLIGAI KASIH" pada 8 Ogos 2010. Maklumat lanjut dan daftar di bahagian sebelah kanan blog ini. Terima kasih.
Tuesday, July 20, 2010
Bila Mata Terliar Sedikit
Oleh Pak Utih
Pada suatu petang yang aman damai, kita membawa isteri dan anak-anak bersiar-siar di taman rekreasi untuk memecah “monotonous” demi menambah kebahagiaan rumahtangga kita. Pusing punya pusing mencari tempat letak kereta, akhirnya jumpa juga satu tempat kosong di sudut yang agak ramai pengunjung di taman itu.
Kita pun mencari kawasan lapang untuk diletakkan tikar dan bekalan makanan sekadar memeriahkan lagi suasana berekreasi itu. Anak-anak kita yang aktif itu kita biarkan mereka melompat-lompat dan berlari sambil melakonkan semula bintang pujaan televisyen mereka “gagahnya Power Rangers” dan “ajaibnya Doraemon”, yang mana kita sendiri gagal membendungnya. Pada ketika inilah isteri kita akan bertambah manja dan berdamping rapat dengan kita. Dengan air mukanya yang berseri, dia senyum memanjang melihat keindahan alam sekeliling.
Ramai pengunjung yang lalu-lalang di hadapan dan di belakang kita termasuklah juga anak-anak gadis bersendirian, dengan keluarga dan berkumpulan bersama-sama menikmati keindahan alam rekreasi ciptaan Ilahi. Sebagai insan yang sentiasa terdedah dengan bisikan syaitan, kadangkala mata kita “terjeling” juga mengekori bayangan mereka yang baru lalu di hadapan kita, terutama sekali yang telah menghiasi diri mereka untuk ditontoni. Pandangan pertama dikira tidak mengapa kerana ia adalah gerakan spontan dari refleksi saraf kita (tetapi hanya beberapa saat sajalah). Tetapi jika kita ulangi dengan pandangan kedua dan ketiga dengan pandangan yang seolah-olah ingin “ta’aruf” dengannya, maka yakinlah pada ketika ini isteri kita telah dan sedang memerhatikan arah tuju panahan mata kita.
Isteri kita tidak menegur dan terus mendiamkan dirinya sambil memendam rasa. Bertambah remuk lagi hatinya jika dilihatnya kita bertambah ghairah hingga sanggup memalingkan kepala 90 darjah ke arah “objek” tersebut. Kita tidak perasan dan memang kita orang lelaki ini tiada perasaan atau kurang perasaan. Bersuka-rialah kita bergelak ketawa dengan anak-anak, tetapi isteri kita telah mula pudar senyuman dan jika diagah sekali pun akan kelihatan agahannya itu dibalas ala kadar sahaja.
Waktu Maghrib telah hampir tiba, maka kita pun berkemas semula untuk kembali ke rumah. Jelas kelihatan anak-anak kita puas dan malah ada yang tidak mahu pulang kerana masih belum puas ber“Power Rangers” di situ. Tetapi tidak pada isteri kita. Kita pun naik hairan. Bagi isteri yang “cool” sedikit akan bersindir dulu dengan berkata, “Tadi tengok anak dara baju merah tu macam nak makan aje!” Bagi isteri yang lebih berani pula akan berkata, “Apalah you ni, depan I you tengok perempuan lain pulak.. malulah I.”
Bagi suami yang cepat-cepat sedar kesilapannya akan terus membalas dengan gurauan seperti berikut, “Wow! you nampak ke? Alahai, depa dah lalu, tengok sikit aje, bukan apa-apa, sorrylah ye! Itu lintasan syaitan mata I aje.” Kes sebegini biasanya menyejukkan kembali gelora kepanasan darah dan geram di lubuk sanubari isteri kita.
Bagi suami yang ada ego pula, dia akan mempertahankan benang basahnya dengan berkata, “Ish! takdelah, I tak tengok pun.” Kes begini akan memanaskan lagi suasana dengan perdebatan yang bertambah panas seperti kata-kata berikut, “Apa, you ingat mata I ni buta ke?” Pada ketika ini, anak-anak di belakang menjadi keliru dengan tingkah laku emaknya. Mereka mungkin menyebelahi ayah mereka. Sampailah ke rumah perdebatan yang tiada berkesudahan yang berjalan tanpa pengadil-pengadil yang arif lagi bijaksana menetapkan keputusannya.
Mengapa boleh terjadi demikian?
Seorang isteri akan terasa hilang maruah dan rendah harga dirinya sebagai seorang isteri jika suaminya, dengan kehadiran isteri melihat perempuan lain dengan pandangan yang “memiangkan” suasana. Mereka tidak akan menegur kita semasa kejadian itu sedang berlaku kerana ingin menjaga maruah suami yang dicintainya itu di khalayak ramai.
Namun, jika tegurannya itu semasa di dalam kereta (mana-mana isteri yang tidak sabar) atau bila sudah sampai di rumah (mana-mana isteri yang “cool”) dinafikan oleh suami, maka bertambah remuklah hatinya dan akan hilanglah kepercayaan setiakawannya kepada kita. Jika ini yang terjadi, maka selepas sahaja peristiwa ini, isteri kita tidak lagi percaya kepada kita dan amat payahlah untuk kita berkomunikasi secara berkesan dengannya. Ini kerana hati dan pemikirannya telah menjadi negatif terhadap keikhlasan kita. Isteri kita akan sentiasa ingat peristiwa ini sampai bila-bila dan akan dikeluarkannya apabila perlu untuk mematikan hujah-hujah kita semasa kita berhujah nanti.
Oleh itu, sentiasalah ingatkan diri kita akan pesanan Allah untuk menundukkan pandangan mata agar bukan sahaja tidak melakukan zina mata, tetapi juga tidak meremukkan kepercayaan isteri kepada kita. Kalau terpandang kali pertama tidak mengapa, tetapi cepat-cepatlah beristighfar dan usahakan untuk tidak mengulanginya buat kali kedua walaupun isteri tiada di sisi kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat segala perbuatan kita.
Ayuh semarakkan cinta bersama pasangan dengan menghadiri bengkel "Mahligai Kasih" pada 8 Ogos 2010. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila lihat pada bahagian kanan blog ini. Terima kasih.

Tuesday, July 13, 2010
Monday, July 12, 2010
Fahami Pasangan Anda
Oleh ARMA
Hidup kalau tiada masalah, bukan kehidupan namanya. Begitu juga halnya dengan alam rumahtangga. Masalah sering datang kerana ia merupakan asam garam kehidupan berumahtangga.
Antara keunikan lelaki dan wanita ialah cara kita melihat dan menangani sesuatu masalah. Kemahiran suami isteri dalam memahami keunikan dan perbezaan antara satu sama lain akan banyak membantu dalam menjalin hubungan intim.
“No couples is a perfect fit. So learn to respect differences and overlook rough sports. Recognize that your differences are not due to bad faith or lack of respect or interest.”
Sebagaimana wanita menilai pemberian atau hadiah daripada suami samada besar atau kecil adalah sama sahaja, begitu jugalah kaum wanita apabila berhadapan dengan masalah. Bagi mereka, tidak ada istilah ‘masalah kecil’ atau ‘masalah besar’. Semua masalah adalah masalah.
Lain pula halnya dengan lelaki; mereka mengklasifikasikan sesuatu masalah itu samada masalah kecil, besar, remeh atau penting.
Bagi lelaki, setiap masalah perlu ada penyelesaiannya. Berlainan dengan wanita, mereka akan merasa puas jika dapat meluahkan masalah mereka tanpa perlu ada penyelesaiannya.
Bagi lelaki, perbuatan ini membuang masa mereka. Ramai lelaki yang tidak faham bahawa apabila isteri mengadu masalah kepada suami, mereka sebenarnya mahu didengari dan disayangi. Mereka akan merasa amat lega jika suami mereka dapat mendengar masalah mereka. Dalam erti kata yang lain, mereka mahukan suami mereka menjadi pendengar yang baik serta prihatin terhadap diri mereka.
Disebabkan perbezaan ini, banyak isteri yang bengang dengan jawapan si suami apabila mereka mengadu masalah kepada suami. Mengikut kajian kaunselor rumahtangga, antara aduan isteri terhadap suami apabila mereka mengadu mengenai masalah kepada suami ialah suami mendengar sambil lewa, tidak mahu dengar langsung, pura-pura tak dengar, atau cepat-cepat memberi jawapan sebelum isteri sempat habis berkata-kata.
Antara contoh dialog yang menyebabkan isteri bengang ialah:
Dialog 1
Isteri: Saya penatlah dengan kerja pejabat hari ini, banyak betul yang perlu disiapkan...
Suami: Kalau tak tahan, berhentilah kerja, dari dulu lagi abang dah cakap.
Dialog 2
Isteri: Anak kita ni macam ada masalah dalam pelajarannya.
Suami: Alah, abang pun macam tu juga masa kecil dulu. Jangan risaulah...
Bagi isteri, jawapan seperti di atas amat mengecewakan. Apa yang sebenarnya mereka harapkan ialah si suami melayan mereka bercakap dan dengan itu mereka dapat meluahkan masalah mereka. Mat Saleh kata, “You don’t love your wife for what she says, but love what she says because you love her”, cantik juga ungkapan ini!
Bagi kaum wanita, aktiviti bercakap-cakap merupakan aktiviti yang penting dan suatu nikmat. Inilah cara mereka memupuk kasih sayang dan keintiman dengan suami. “A happy marriage is a long conversation that always seem too short.”
Begitu jugalah isteri apabila berjumpa dengan kawan-kawan mereka. Kalau tak percaya, cubalah bawa isteri berjalan ke rumah kawan-kawan. Lelaki biasanya akan bersembang mengenai topik yang khusus. Namun bagi kaum wanita lain pula cara sembangnya. Skopnya lebih luas. Selagi tidak diajak balik, selagi itulah mereka akan terus bersembang.
Namun, untuk menyalahkan suami dalam hal ini juga tidak adil. Bagi saya, cara suami menunjukkan kasih sayang mereka ialah dengan menyelesaikan setiap masalah yang dikemukakan oleh isteri mereka samada masalah tersebut besar atau kecil. Seseorang suami akan berasa tidak selesa terhadap masalah yang tiada penyelesaiannya. Tak gentlemanlah agaknya.
Jadi, bagi suami isteri yang tidak memahami perbezaan dan keunikan ini, potensi untuk bertelagah adalah besar. Lebih malang lagi ialah jika si isteri hilang minat dalam menceritakan masalah mereka kepada suami. Akhirnya si isteri akan sentiasa ‘bengkak’ dengan suami dan jika bengkaknya sudah ranum, faham-faham ajelah…
Pandai-pandailah kita dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Kita sendiri yang lebih mengenali pasangan kita, ibarat aur dengan tebing yang sentiasa harmoni dan mengharap antara satu sama lain.
Kata orang putih, “Love is not gazing at each other, but looking together in the same direction.”

Thursday, July 8, 2010
Fatherless Youth
Berikut statistik di Barat jika bapa tidak berperanan sebagai bapa.
Atau memang bapa itu amat penting.
*63% of youth suicides are from fatherless homes (US Dept. Of Health/Census) – 5 times the average.
*90% of all homeless and runaway children are from fatherless homes – 32 times the average.
*85% of all children who show behavior disorders come from fatherless homes – 20 times the average. (Center for Disease Control)
*71% of all high school dropouts come from fatherless homes – 9 times the average. (National Principals Association Report).
*70% of youths in state-operated institutions come from fatherless homes – 9 times the average. (U.S. Dept. of Justice).
*85% of all youths in prison come from fatherless homes – 20 times the average. (Fulton Co. Georgia, Texas Dept. of Correction).
Allahu a'lam
* Jom sertai bengkel "Mahligai Kasih" pada 8 Ogos 2010 (Ahad) di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Maklumat lanjut dan borang pendaftaran terdapat di bahagian kanan blog ini.

Tuesday, July 6, 2010
Monday, July 5, 2010
Iman Faktor Kebahagiaan
Oleh ARMA
Di dalam minda saya bagaikan banyak perkara yang ingin saya tuliskan berkenaan hubungan intim suami isteri. Sebahagiannya adalah hasil daripada pengalaman hidup berumahtangga melebihi 20 tahun, sebahagiannya hasil perkongsian saya bersama rakan-rakan yang ingin berkongsi masalah dan pengalaman mereka bersama saya, dan sebahagiannya pula melalui pembacaan saya berkenaan isu ini.
Saya sengaja tidak menulis isu ini dengan membawa dalil Al-Quran dan Hadis kerana saya percaya para ibu bapa sekalian lebih arif daripada saya. Tambahan pula buku mengenai hubungan intim suami isteri banyak ditulis oleh ulama-ulama Islam dan buku-buku tersebut banyak terdapat di pasaran. Kalau penulisan ini dikatakan sebagai satu kelainan, maka saya yakin penulisan ini tidak lari daripada apa yang telah ditulis oleh ulama-ulama Islam.
Sebenarnya, dalam mencapai kemuncak perhubungan suami isteri, maka iman itulah faktor penting dalam membawa kebahagiaan berumahtangga. Hati yang dipenuhi cahaya iman adalah hati yang penuh dengan sifat terpuji seperti sabar, redha, berlapang dada, bersangka baik, merendah diri, pemaaf dan berterima kasih. Hubungan suami isteri yang dihiasi dengan sifat mahmudah ini pasti lebih harmoni dan teguh ikatannya berbanding hubungan yang dicemari dengan sifat mazmumah seperti pemarah, dendam, sombong, tidak berterima kasih, tidak pemaaf dan bersangka buruk.
Setiap pasangan mendambakan satu kehidupan rumahtangga yang bahagia dan harmoni. Namun, hakikat sebenar membuktikan bahawa tiada rumahtangga yang terselamat daripada sebarang pergolakan dan krisis.
Bukannya kita mengundang masalah, tapi ia datang tanpa disangka-sangka atau dijemput. Malah, ia sudah menjadi asam garam kehidupan berumahtangga. Bagaimanapun ia mesti diredakan jika matlamat “rumahku syurgaku” menjadi matlamat sesuatu perkahwinan.
Sebenarnya disinilah letaknya ujian sebenar kebahagiaan rumahtangga. Hubungan yang positif, rasa kasih sayang, persefahaman dan sifat saling memberi dan menerima perlu dipertahankan dalam menghadapi krisis dan perbalahan. Sebarang krisis tidak wajar dibiarkan merebak sehingga menjejaskan bahtera yang sekian lama dibina. Sebaliknya, jadikanlah ia sebagai satu pengajaran dalam mengukuhkan ikatan yang telah terjalin.
Marilah kita memastikan mahligai yang dibina adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Firman Allah yang mana maksudnya:
“Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepada-Nya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Ruum : 21)
Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baiknya kamu adalah yang paling baik kepada keluarganya, dan aku adalah yang terbaik terhadap keluargaku.” (Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Tabarani)

Subscribe to:
Posts (Atom)